Wednesday, April 22, 2009

ANIME? ape tu?

Anime.. hm.. satu perkataan yang slalu kite dengar.. tapi ape bende tu? knape bende camni popular sangat di kalangan remaje skarang?
haa.. ni aku nak bagitau serba sedikit pasal bende ni yang aku tau..
ANIME pada asalnye bermula pada abad ke-20 atau lebih tepat pada tahun 1917 bile para pembuat filem Jepun membuat kaji selidik pasal teknik animasi perancis, jerman, us & rusia..

pastu, pada tahun 1930-an, bende yang dipanggil anime ni telahpun menjadi aset yang sangat penting kepada jepun memandangkan mereka tak dapat bersaing untuk membuat filem live action sebagaimana yang dibuat pihak barat, memandangkan barat mempunyai kelebihan yang besar dalam semua tu, ditambah pulak jepun tak cukup modal.....jadi kirenye anime ni jadi periuk nasi para pembuat filem kat jepun la pade mase tu...




kemudianye, berlakulah satu fenomena yang menggalakkan penghasilan anime pade tahun 1970-an.. nak tau ape die? fenomena ni melibatkan pertumbuhan populariti MANGA yang pesat.. manga ni ape plak? manga ni adalah komik yang dihasilkan karyawan jepun.. kebanyakan anime dihasilkan daripada manga... sebagai contoh, anime naruto yang pada asalnya berasal daripada manga atau komik. maknenye, anime ni sebenarnye dihasilkan semula dari komik...


tengok gambar kat atas tu.. tu lah die osamu tezuka, yang berstatus lagenda dan digelar "god of manga". beliau merupakan pencetus manga genre robot ataupun dipanggil "mecha", dengan manga ciptaannya, astro boy(Tetsuwan Atomu in Japan).. korang percaye ke tak, beliau ade medical degree... yang uniknye pasal tezuka ni, beliau menggunakan ilmunye dalam bidang perubatan untuk menghasilkan manga bertajuk "black jack" kisah doktor pakar tanpa lesen yang mampu merawat pesakit yang tak mampu dirawat doktor pakar biase.. aku suke cite tu^^

pastu, betapa kuatnye pengaruh anime ni, sehingga terlahirnye "japanese-influenced animation", iaitu animasi yang memaparkan corak persembahan anime tapi tak dibuat di jepun seperti animasi bertajuk "avatar:the last airbender".



dan legasi anime ni terus berkembang, menarik minat ramai dari seluruh dunia termasuklah pihak barat.. peminat2 ni digelar "otaku".. gelaran ni diberi kepade mereka yang obses dengan anime.mereka tergolong dalam kalangan yang "terlalu" meminati anime sehingga mempunyai koleksi anime kesukaan mereka seperti kostum, beg, buku. keychain & macam2 lagi..




bile wujudnye golongan otaku ni, kegilaan mereka terhadap anime semakin bertambah sehingga lahirlah ape yang dipanggil "cosplay"..
otaku yang terlibat dalam bidang ni plak digelar "cosplayer" dimane mereka ni akan cube meniru pakaian & personaliti watak dalam sesebuah anime.. budaya ni amat popular sekarang terutamanye di jepun... mereka sanggup menhabiskan sejumlah besar wang demi melibatkan diri dalam bidang ni.. sesebuah kostum cosplay yang biase bernilai kire2 rm100.. lebih kurang la.. ade yang lebih mahal atau lebih murah kot bergantung pade jenis kostum tu... ha, tu tak termasuk aksesori lagi tu.. cube la bayangkan...
dan aku bukan salah seorang daripada mereka tu.. aku ni peminat bese jer... itu je aku nak kongsi.. adusss dah penat menaip ni.....haha... harap korang enjoy la dengan info ni...