Saturday, December 25, 2010

lagi kemunculan hero baru

          pagi ni masa nak tengok anime, saya dapat berita map baru keluar. lepas check baru perasan map tu keluar semalam (24/12). tak sangka pulak cepat benar kali ni. siap ada 2 hero baru (menjadikan jumlah terkini sebanyak 103 hero) & 3 item baru. so, saya nak kongsi la sedikit maklumat yang masih segar ni.

loading screen baru







susunan tavern baru



HERO BARU

pheonix & tuskarr

1) ICARUS : THE PHEONIX
SKILL KE-3 : SUN RAY

ULTIMATE: SUPERNOVA


2)YMIR: THE TUSKARR


SKILL KE-3: FROZEN SIGIL

ULTIMATE: WALRUS PUNCH (CD 14 SAAT)



ITEM BARU


ANCIENT JANGGO OF ENDURANCE



MEDALLION OF COURAGE

SMOKE OF DECEIT







rujuk:
http://www.playdota.com/changelogs/6.70
untuk maklumat lanjut






Sunday, December 19, 2010

DOTA.. be offensive to become defensive

DotA loading screen 
           Konnichiwa. Artikel kali ni berkisar tentang salah satu permainan kegemaran saya yang sekarang masih lagi popular di kalangan pelajar lelaki di kebanyakan universiti dan kolej selain PES dan counter strike. Apa yang bakal dihuraikan nanti adalah bersumberkan beberapa laman web seperti wikipedia dan serba sedikit pengalaman saya semasa bergelumang dalam "bidang" ni. Saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan permainan yang mampu membuatkan kebanyakan budak lelaki stay up sampai awal pagi ni, bagaimana cara ia dimainkan dan daya tarikannya.


PERMULAAN SEBUAH EPIK PEPERANGAN

        
           Game ni dikenali sebagai Defend of the Ancients (DotA). Pada asalnya ia dikenali sebagai DotA Allstars yang kemudiannya dipendekkan menjadi DotA (sejak map versi 6.68). DotA merupakan salah satu "cabang" permainan yang berasal daripada Warcraft III: Reign of Chaos serta siri sambungannya (expansion), Warcraft III: The Frozen Throne dibangunkan Blizzard Entertainment.
            Permainan ni direka menggunakan "World Editor" yang boleh didapati bersama Warcraft III. World Editor merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna merekacipta medan pertempuran mereka sendiri untuk dimainkan dalam Warcraft III.
           DotA mula dibangunkan oleh Eul pada tahun 2003 kemudian disambung oleh Guinsoo(Steve Feak) pada tahun 2003-2005. Bermula tahun 2005 hingga sekarang, pembangunan DotA terletak di tangan IceFrog
. Tak banyak yang saya ketahui mengenai IceFrog. Identiti dia ni misteri sikit.

logo IceFrog

            Permainan ini boleh dimainkan berseorangan, kebiasaanya dimainkan bersama AI (Artificial Intelligent) @ pemain yang dikawal komputer. Selain itu, ia juga boleh dimainkan secara multiplayer, dari 2-10 orang pemain (tapi sekarang ni dah ada map yang boleh memuatkan sehingga 12 pemain).
        
           Permainan ini berteraskan mengenai kisah peperangan antara pihak Sentinel (dikenali sebagai pihak protagonis)  dan pihak Scourge (pihak antagonis). DotA memerlukan pemainnya mempertahankan sebuah struktur utama di tengah2 kubu masing2 yang dikenali sebagai "ancient".

Ancient pihak Sentinel, "The World Tree"
Ancient pihak Scourge, "The Frozen Throne"





WORLD CHAMPIONSHIP
              Populariti DotA menyebabkan banyak pihak melancarkan beberapa pertandingan DotA di peringkat antarabangsa.Antaranya:
-GosuCup
-Alienware Asia DotA Championship 2010
-Blizzard Entertainment's BlizzCon
-Asian World Cyber Games
-Cyberathlete Amateur and CyberEvolution leagues





GAMEPLAY

PERMULAAN PERMAINAN
menu LAN DotA


            Permainan dimulakan dengan countdown sebaik sahaja "host" (pemain yang mencipta game) menekan butang "start game" pada menu Local Area Network (LAN) disusuli dengan loading screen.
Sebaik sahaja permainan bermula, host perlu menetapkan "mode" permainan. Mode permainan merupakan setting yang boleh dipilih oleh host bagi menetapkan bentuk permainan yang ingin digunapakai. Antaranya:
-ap (all pick) -boleh pilih semua hero
-so (switch on) -tukar pemain semasa permainan
-wtf -skill tanpa cooldown & manacost
-he (high experience) -AI dapat experience yang sangat tinggi, level AI cepat naik
-om (only mid) -lorong atas dan bawah ditutup

Terdapat berpuluh-puluh lagi mode yang boleh digunakan dan mode ini boleh digabungkan bersama seperti -ap dan -so boleh digabungkan menjadi -apso @ -soap.


STUKTUR MEDAN PERTEMPURAN
Peta DotA

            Stuktur map DotA sejak ia dicipta tidak banyak berubah. Ia meliputi 3 lorong utama (dipanggil lane), atas (top), tengah (mid) & bawah (bottom). Terdapat anak sungai yang cetek di tengah2 map dalam posisi serong yang memisahkan kawasan Sentinel dan Scourge. Bagi setiap lane, setiap pihak mempunyai 3 buah defensive tower yang bertindak sebagai stuktur pertahanan. Bagi setiap lane juga, sekumpulan unit non-hero dikenali sebagai "creep" yang dikawal komputer akan keluar menuju ke arah kubu musuh untuk setiap beberapa ketika. Mereka hanya akan terus menerus menuju kubu lawan, menyerang mana2 lawan yang dijumpai sepanjang perjalanan mereka dengan corak serangan yang sama.

          Kubu Sentinel terletak dibahagian bawah kiri peta, manakala kubu Scourge terletak di bahagian atas kanan peta. Ditengah2 kubu masing2, terdapat struktur yang paling penting. kemusnahannya menandakan kekalahan pihak tersebut. Dikenali sebagai "ancient". Setiap kubu mempunyai kedai2 yang menjual item2 yang merangkumi aksessori, senjata dan kelengkapan2 lain yang boleh mempertingkatkan kelengkapan hero masing. Terdapat juga kedai2 lain di beberapa sudut dalam peta bagi membeli beberapa item yang tidak dijual di dalam kubu.


MEMILIH HERO
Memilih hero

          Sebaik sahaja mode dipilih, para pemain boleh memilih watak yang ingin dimainkan (dikenali sebagai hero) masing2. Pemain tak dapat memilih hero masing2 jika mode -ar @ -random digunakan. Dalam mode ini, pemain akan diberikan hero tertentu secara rawak. Buat masa ini, terdapat 101 hero yang boleh dipilih dan bilangannya kebiasaanya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

          Setiap hero mempunyai abiliti unik masing2 yang disebut "skill". skill pula terbahagi kepada 2 jenis, aktif dan pasif. skill aktif memerlukan jumlah mana(point yang digunakan untuk membayar penggunaan sesuatu skill) yang tertentu. manakala skill pasif pula akan berlaku secara sendiri tanpa perlu diaktifkan dan tanpa penggunaan mana,

 Hero2 ini dibahagikan kepada 3 jenis:
1) strength- (mempunyai health point @ hp yang banyak)
2) agility- (attack speed yang laju)
3) intelligent- (mempunyai mana regeneration rate yang tinggi & dan bergantung kepada spell dengan damage yang tinggi.


Style permainan hero:
1) tanker
-kebiasaannya akan memulakan pertempuran. mempunyai hp dan armor yang tinggi (kebiasaannya hero jenis strength memainkan peranan ini). mampu menerima damage yang banyak.

Axe, salah satu hero tanker yang digeruni


2) killer
-hero yang mempunyai damage yang tinggi. berperanan menjadi pembunuh utama dalam sesebuah pihak.

3) supporter
-kebiasaannya duduk di belakang dan bertindak menyokong hero yang lain. mempunyai kebolehan heal @ slow.

4)ganker
-berperanan ketika "war" (suatu keadaan di mana suatu pertempuran yang melibatkan ramai hero di sesuatu tempat) @ sekumpulan hero membelasah 1 hero. berperanan memberikan kuantiti damage yang banyak bagi memberikan pasukannya beroleh kelebihan dalam satu2 war.


Selain itu, sesetengah hero turut mampu dimainkan dengan style berikut:

1)skill spammer (harasser) 
-membuka sesuatu skill secara terus-menerus bagi memberikan damage kepada pihak lawan sehingga menyebabkan pihak lawan terpaksa berundur ke kubu masing2 untuk memulihkan diri. Kebiasaannya hero jenis intelligent menggunakan style ini memandangkan skill cooldown mereka lebih cepat (kurang dari 10 saat)  dan mempunyai mana regeneration yang tinggi.

2)spy
-merayap di sekitar peta @ mengekori pihak lawan bagi mengetahui kedudukan mereka. kebiasaannya hero yang mempunyai abiliti "invisible" memainkan peranan ini.

3) warder
-berperanan membeli "ward" (tongkat yang boleh diletakkan di tempat2 tertentu bagi memantau pergerakan pihak lawan) dan meletakkannya di beberapa lokasi strategik.


Kemahiran2 yang boleh memberikan kelebihan kepada pemain semasa permainan;

1) last hitting
-mengambil "pukulan maut" @ hit yang terakhir ke atas creep bagi mendapatkan gold.

2) bermain dengan fog of war
-fog of war merupakan bayang2 kelam di kawasan2 peta yang jauh daripada kedudukan hero menyebabkan pemain tidak mengetahui apa yang berada di kawasan tersebut. pemain yang mampu menguasai fog of war dengan baik dapat melarikan diri apabila keadaan pertempuran tidak menyebelahinya serta boleh melancarkan serangan secara ganking dengan jayanya (strategi  mengumpan).


             Di sepanjang permainan, para pemain perlu mengumpul gold dengan membunuh creep @ hero lawan dan menggunakannya untuk membeli item2 tertentu di kedai2 yang disediakan. level maksimum untuk semua hero adalah 25.



STRATEGI PERMAINAN

           Sepanjang permainan, para pemain boleh menukar strategi masing2 mengikut keadaan yang bersesuaian dengan persetujuan dan kerjasama ahli pasukan yang lain. Strategi yang disusun dengan betul boleh menukar arus pertempuran, membuatkan pihak yang seakan-akan kalah mencapai kemenangan. antaranya:

1) def @ defensive
-berjaga dekat defensive tower yang terancam dan hampir musnah.

2) safe play
-lebih kepada peringatan supaya bermain dengan lebih tenang & tidak terburu-buru

3) push
-serangan jenis menolak terus ke arah kubu dengan memusnahkan defensive tower yang ada. dilakukan secara  berkumpulan @ berseorangan.

4) stick
-duduk secara berkumpulan bagi mendapatkan kelebihan jika berlaku war @ pertempuran.

5) hunt
-merayau2 didalam hutan secara beramai2 bagi mencari pihak lawan yang bersembunyi.

6) umpan
-membiarkan seorang pemain berada di sesuatu posisi yang mampu dilihat pihak lawan. pemain2 yg lain pula bersembunyi di dalam hutan sambil menunggu jika umpan mereka "dimakan" untuk memulakan ganking.

7) trap @ perangkap (juga termasuk dalam umpan)
-membiarkan dirinya dikejar 1 @ lebih hero dengan membawa mereka ke dalam perangkap yang dipasang.

        

AKHIR PERMAINAN

               Akhir sekali, mana2 pihak yang berjaya memusnahkan satu demi satu defensive tower sehinggalah sampai kepada ancient pihak lawan dan menumbangkannya, maka pihak itu akan menjadi pemenang. Jangkaan waktu bermain untuk 1 game kebiasaannya boleh memakan masa dari 30 minit sehingga 1 jam @ lebih.



DAYA TARIKAN
-map yang selalu dikemaskini (hero dan item baru serta pembaharuan skill)
-pelbagai pilihan hero
-setiap hero boleh dimainkan dengan style yang berbeza dengan menggunakan item yang berlainan
-ciri multiplayer yang boleh dimainkan sehingga 10 orang.


KEBURUKAN
-boleh menjadi sangat addictive. (so, faham2 je la ye kalau dah melekat)


TERBARU


            Satu sekuel DotA dikatakan akan muncul pada tahun 2011 nanti dibangunkan oleh Valve Corporation, dikenali sebagai "Dota 2". Tak banyak diketahui pasal permainan ini. Khabarnya beberapa upgred telah dibuat berdasarkan permainan DotA yang asal seperti peningkatan kualiti grafik dan bunyi.







AKHIR
           Begitulah serba sedikit yang saya dapat kongsi mengenai apa yang dipanggil DotA ni. saya masih lagi baru, oleh itu, kalau ada silap dan salah minta tunjuk ajar.




p/s: "bagi sape2 yang belum terjebak lagi x payah maen la ye? bahaye.haha"


                                                                                                     -Azizul Hakim-






        

Monday, December 13, 2010

Hatsune Miku

Setelah lama mendiamkan diri, saya memilih tajuk "Hatsune Miku" untuk dikongsi bersama setelah blog ini dihidupkan kembali.so, hope you guys will enjoy the info:)

            Siapa Hatsune Miku ni? Tak ramai yang tahu. Lebih2 lagi di kalangan masyarakat yang tidak berminat dengan anime atau perkara yang berkaitan dengan Jepun. Jadi, saya tampil dengan informasi yang baru saya sedari ni (walaupun sedikit ketinggalan) untuk dikongsi bersama.

          Hatsune Miku adalah sebuah vocaloid yang dicipta Crypton Future Media daripada Jepun hasil daripada projek diva yang dilaksanakan mereka. Vocaloid merupakan satu aplikasi sintesis nyanyian (singing synthesizer) hasil daripada kajian bersama antara Pompeu Fabra University di Sepanyol dan Yamaha Corporation yang pada awalnya dikeluarkan pada Januari 2004. Perisian ini membolehkan penggunanya mensintesis nyanyian dengan memasukkan lirik dan melodi.

        Pada awalnya, hanya beberapa vocaloid dihasilkan seperti Leon, Lola dan Miriam (vocaloid bahasa Inggeris) yang dibangunkan Zero-G serta Meiko dan Kaito (vocaloid bahasa Jepun) oleh Crypton Future Media. Selepas itu, enjin Vocaloid 2 dilancarkan memaparkan beberapa watak baru. Kemudian, vocaloid mendapat sambutan yang hangat selepas pelancaran Hatsune Miku oleh Crypton pada 31 ogos 2007. Antara vocaloid lain yang dihasilkan Crypton selain Miku adalah pasangan Kagamine Rin dan Len serta Megurine Luka. Vocaloid2 yang lain turut dibangunkan oleh beberapa syarikat yang lain. 

Hatsune Miku

Megurine Luka

Kagamine Rin dan Len


           Apa yang menarik perhatian di sini adalah tentang kesungguhan pasukan yang terlibat dalam pembangunan vocaloid ini "menghidupkan" vocaloid yang dihasilkan mereka. Beberapa konsert vocaloid secara langsung telah diadakan di beberapa lokasi seperti pada Anime Festival Asia (AFA) di Singapura pada 21 November 2009. Terbaru, satu konsert holografik yang dipersembahkan oleh SEGA diadakan di Odaiba,Tokyo pada 9 Mac 2010, dinamakan "Miku no Hi Kanshasai 39's Giving Day" atau "39's (Thanks) Giving Day". 

         39 disebut "Miku" dalam bahasa Jepun (3=mi, 9=ku) @ disebut Sanku (thanks)           (3=san, 9-ku). Uniknya, konsert ini memaparkan persembahan Hatsune Miku,Kagamine Rin dan Len serta Megurine Luka dalam bentuk hologram. Sesuatu yang baru dalam dunia hiburan dimana para peminat tidak dipersembahkan dengan persembahan penyanyi sebenar tetapi persembahan daripada watak dari dunia maya. 

           Walaupun terdapat kritikan terhadap peminat Hatsune Miku serta vocaloid2 yang lain kerana meminati sesuatu yang tidak wujud dan tidak mempunyai jiwa dan jasad yang sebenar, namun kritikan tersebut tidak melunturkan perasaan minat dan kagum di hati peminat2 mereka. Bagi mereka, Hatsune Miku dan vocaloid2 yang lain merupakan sebuah aplikasi maya pada asalnya, kemudian direalisasikan untuk membuat persembahan secara langsung kepada mereka sekaligus mendapat tempat di hati para peminat.