Monday, December 13, 2010

Hatsune Miku

Setelah lama mendiamkan diri, saya memilih tajuk "Hatsune Miku" untuk dikongsi bersama setelah blog ini dihidupkan kembali.so, hope you guys will enjoy the info:)

            Siapa Hatsune Miku ni? Tak ramai yang tahu. Lebih2 lagi di kalangan masyarakat yang tidak berminat dengan anime atau perkara yang berkaitan dengan Jepun. Jadi, saya tampil dengan informasi yang baru saya sedari ni (walaupun sedikit ketinggalan) untuk dikongsi bersama.

          Hatsune Miku adalah sebuah vocaloid yang dicipta Crypton Future Media daripada Jepun hasil daripada projek diva yang dilaksanakan mereka. Vocaloid merupakan satu aplikasi sintesis nyanyian (singing synthesizer) hasil daripada kajian bersama antara Pompeu Fabra University di Sepanyol dan Yamaha Corporation yang pada awalnya dikeluarkan pada Januari 2004. Perisian ini membolehkan penggunanya mensintesis nyanyian dengan memasukkan lirik dan melodi.

        Pada awalnya, hanya beberapa vocaloid dihasilkan seperti Leon, Lola dan Miriam (vocaloid bahasa Inggeris) yang dibangunkan Zero-G serta Meiko dan Kaito (vocaloid bahasa Jepun) oleh Crypton Future Media. Selepas itu, enjin Vocaloid 2 dilancarkan memaparkan beberapa watak baru. Kemudian, vocaloid mendapat sambutan yang hangat selepas pelancaran Hatsune Miku oleh Crypton pada 31 ogos 2007. Antara vocaloid lain yang dihasilkan Crypton selain Miku adalah pasangan Kagamine Rin dan Len serta Megurine Luka. Vocaloid2 yang lain turut dibangunkan oleh beberapa syarikat yang lain. 

Hatsune Miku

Megurine Luka

Kagamine Rin dan Len


           Apa yang menarik perhatian di sini adalah tentang kesungguhan pasukan yang terlibat dalam pembangunan vocaloid ini "menghidupkan" vocaloid yang dihasilkan mereka. Beberapa konsert vocaloid secara langsung telah diadakan di beberapa lokasi seperti pada Anime Festival Asia (AFA) di Singapura pada 21 November 2009. Terbaru, satu konsert holografik yang dipersembahkan oleh SEGA diadakan di Odaiba,Tokyo pada 9 Mac 2010, dinamakan "Miku no Hi Kanshasai 39's Giving Day" atau "39's (Thanks) Giving Day". 

         39 disebut "Miku" dalam bahasa Jepun (3=mi, 9=ku) @ disebut Sanku (thanks)           (3=san, 9-ku). Uniknya, konsert ini memaparkan persembahan Hatsune Miku,Kagamine Rin dan Len serta Megurine Luka dalam bentuk hologram. Sesuatu yang baru dalam dunia hiburan dimana para peminat tidak dipersembahkan dengan persembahan penyanyi sebenar tetapi persembahan daripada watak dari dunia maya. 

           Walaupun terdapat kritikan terhadap peminat Hatsune Miku serta vocaloid2 yang lain kerana meminati sesuatu yang tidak wujud dan tidak mempunyai jiwa dan jasad yang sebenar, namun kritikan tersebut tidak melunturkan perasaan minat dan kagum di hati peminat2 mereka. Bagi mereka, Hatsune Miku dan vocaloid2 yang lain merupakan sebuah aplikasi maya pada asalnya, kemudian direalisasikan untuk membuat persembahan secara langsung kepada mereka sekaligus mendapat tempat di hati para peminat.    
        




         

No comments:

Post a Comment